DAY TRIP SINGAPORE DENGAN KERETA
Assalamualaikum semua...SELAMAT HARI RAYA..kalini sis nak update tentang DAY TRIP SINGAPORE sis bersama keluarga sempena raya 2018. Sebelum ni sis pergi by flight,so procedure biase lah dalam airport. Kalini sis pergi dengan menggunakan KERETA. Banyak cara boleh masuk ke negara Singa ni..meggunakan Bas secara backpack pun boleh,guna travel agent pun boleh,jimat sangat tapi pergi ramai2 lah,kurang syok...hihi
Sis terangkan serba sedikit tentang backpack ke Singapore menggunakan Bas dari JB. Ada 2 tempat yang anda naik bas untuk melepasi boarder.
1 - BAS DARI JB SENTRAL = Bas causeway link (bas kuning ade smiley senyum). Tambang,sis x berapa pasti.
2 - BAS DARI TERMINAL LARKIN = Boleh naik bas SBS 170. Dari Larkin ke Queen St Terminal(last station). Kalau nak naik mrt jalan2 di dalam Singapore,boleh turun di MRT Kranjit berharga RM2.20..Boleh tengok fare bas di link ni ( SBS 170 fare ) .Turun MRT Kranjit untuk beli Singapore Tourist Card harga $10 + depo $10 untuk digunakan sepanjang hari dalam SG dan boleh naik segala MRT/LRT dan bas KECUALI MRT Sentosa Express($4)..
Maps MRT/LRT/BAS
Sekarang sis nak cerita benda yang perlu dibawa untuk ke SG dengan KERETA dan x perlu turun dari kereta,hanya buka semua tingkat untuk emigration tengok muka sorang demi sorang.
1 - Passport - Obviously lah perlu ada kan...Make sure still valid dan JANGAN kurang dari 6 bulan.
2 - Roadtax - Roadtax pun kne valid. Roadtax kereta yang di tampal tu ya.
3 - White Card - Siapa yang biase naik flight mesti tahu.Card yg di edar untuk di isi.Kalau xde,boleh minta di 1st checkpoint emigration SG. Minta lah extra,supaya senang nk masuk next time,xde lah kne isi time kt emigration tu jugak.Make sure bawa pen ya.
4 - Geran Kereta - Bawak copy je.Just in case emigration minta.Time sis masuk,xde pun minta.
5 - Autopass - Autopass ialah sejenis Touch N Go di sana. Digunakan untuk membayar TOL,PARKING,VEP (Vehicle Entry Permit) dan jika ada charge2 lain. Autopass boleh di dapatkan di pejabat Emigration SG sebelum exit untuk ke bandar. Please snap gambar roadtax untuk digunakan ketika isi borang beli autopass. Autopass berharga $10 dan valid selama 7 tahun. Dalam card terdapat $4 dan card berharga $6. Autopass card ni boleh topup di 7e.
Settle 5 perkara tadi,anda telah selamat masuk ke Negara Singa.Boleh berjalan2 dengan kereta anda.
TIPS
1 - Kalau masuk on WEEKEND and Public Holiday, VEP adalah FREE dan ianya akan FREE jika kereta anda masuk 10x yang pertama,kalau kali ke 11,dh kne bayar $35. boleh refer page ni untuk semua details charge dalam SG ( Singapore fare ).
2 -Sebelum keluar dari SG,sila make sure at least ada $15 dalam card ok? Almaklumlah,tol dia kita x tahu berapa,since dia xde tol mcm MY. Tol dia auto deduct bila kita lalu. And toll dia diff bila peak hr ngan waktu biase.
3 - Beli Coupon Parking siap2 kt 7e..sebab x semua parking bayar guna autopass. In case park kt public area,kne lah pakai coupon.
4 - Parking rate - Rate dorang agak pelik,ade yang kira per minutes,per hour,per entry,every 30minutes. So korg boleh lah survey mana korg nk pergi n nearest parking. So sis usha kt link ni utk tahu rate n nearest parking ( Parking rate). Dah tahu rate n parking,seng lah..tinggal wave je kt dalam SG tu.
5 - Offline Maps - Ade mcm2 apps yg boleh digunakan..Contoh Here We Go, Sygic, Offline Maps google..So download lah maps SG n MY untuk seng tngok. Tapi sis pakai waze jugak..haha...
6 - Sebagai pengguna setia prepaid Maxis,masuk SG akan ada data Roaming RM10 per day untuk 1GB (sebb tu pakai waze,sebb ade tenet.hehe). Kalau pengguna pospaid, RM38 and x sure bape GB.
7 - Sis lalu checkpoint Tuas masa pergi,sebab jem nye x seteruk Woodland. Sebelum sampai Checkpoint Tuas,akan ada RnR Gelang Patah dan di situ ade money changer tapi open smpai tengah hari sahaja.Balik sis lalu Woodland.
Since sis dah tahu rate parking dan area mana perlu pergi,sis hanya bajet $50 untuk Autopass. And surprisingly less than $50 our bajet. Siap ade balance $18 dlm autopass masa keluar. So boleh guna next time..huhu
So now sis nak lanje gambar jalan2 SG ngan family.
Sentosa Boardwalk (Belakang tu ialah Sentosa Island yg ada USS tu)
Travellator yg di sediakan sepanjang Boardwalk,tapi ade ygx boleh digunakan
Universal Studio Singapore
End of Sentosa Boardwalk,menuju USS
Masjid Sultan di Bugis Street (Masjid paling famous)
Woman area
Arab Street,depan entrance masjid (Gate 5 for visitor)
City of Singapore
Art Science Museum & Marina Bay Sands
Merlion (Mercu tanda SG @ Singa muntah)
Checkpoint Woodland
Sekian cerita sis kalini,nanti sis update next trip.Bye2















2 comments:
Hi Admin. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...
Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price!
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219
*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86
Post a Comment