Thursday, 9 August 2018

BACKPACK KE PULAU TIOMAN,MERSING JOHOR



BACKPACK TIOMAN ISLAND

Assalamualaikum,hai2...actually entry kali ni dah lame dah..bulan 5 haritu,seminggu nak puase..gedik2 nak layan pulau..weekend escape gitu..hik2..tapi malas punya pasal,baru sekarang lah nk up entry ni...Before ke tioman,sy dok google lah kampung mana yg best utk stay,tapi rupanya x ramai org up tentang tioman ni...So sy bantai jelah mane2 kampung yg ade bilik murah and still kosong. Dengan itu,dapat lah bilik murah di kampung Air Batang atau femes dengan nama kg ABC.
Booked pun 3 hari sebelum pergi..haha..perangai sangat kan..Pergi bertiga termasuk sy..Kami dari KL,siap singgah melake bantai coconut shake and cendol dlu,then baru sambung jalan..haha..ok,macam biase,bajet akan siap di bahagi.So let's check it out what happen during  3days in Tioman Island.

Bajet all in untuk seorang. 

Day 0 - ( 2 org je dari KL,sorg lagi kt JB,so extra minyak n toll sikit,sebab berpusing)

* minyak + toll = RM 49 (SG Besi - Ayer Keroh - Skudai - Jeti Tanjong gemok)
* makan = RM14.20

Day 1

* Ferry return = RM 78 (sy booked siap2 kt easybook.com sebb boleh tngok jadual ferry)
* Marine Park = RM 15 
* Chalet 3D2N = RM 53 (Fan but still sejuk)
* Lunch = RM 13
* Kayak = RM 6.70(1 kayak rm20 utk 3 pax)

DAY 2

* Snorkeling = RM85
* Buah = RM 3
* Lunch = RM13

DAY 3

* minyak + toll = RM 20.80 (straight dari jetty tanjung gemok ke KL)

Total Hangus : RM350.70 SAHAJA


Untuk yang pelik,mesti tertanya kenapa x naik kt jeti mersing sebab lagi dekat berbanding tanjung gemok since kami dari JB..Jeti mersing masih di johor,tapi tanjung gemok dah masuk Rompin Pahang dan dah membazir 30minit utk ke Tanjung Gemok.Sebenarnya,masa sy nk booked ferry tu,ferry yg available kt Mersing dh petang. Rugi lah sy kalau sy smpai subuh di jety,tapi kne tunggu smpai petang..Jadinya kami decide drive lah 30minit lebih skit drpd tunggu berejam-jam yang x berkunjung tiba. Di tanjung gemok,kami naik ferry pkul 8..so,bnyk masa nk pusing2 kg dan rehat dulu.


Ramai orang dah,even belum pkul 7 pagi


Kami stay di sini,sangat murah dan bersih serta berbaloi..

Khas untuk 3 orang.yang penting toilet besar dan bersih

 Sejenis tahu makanan pulau mahal,so stock kne banyak..haha




Dah jalan2 kampung,marilah kita buat activity pulak.


 Aktiviti WAJIB bila datang pulau..saje nk kasi muscle lengan besar..haha



Dah senja,makanya kita melepet jelah tepi laut sambil layan sunset.

Ok ready untuk snorkeling on day 2.



Dah tengok ikan,mari kita pergi next checkpoint




 Posing2 lu before pergi lunch

Jeti Kg.Salang

Masa untuk lunch pulak


Settle,jom jalan ke Kg Tekek pulak


Lepas lunch,sambung lagi mandi sampai lebam..then pulang ke chalet. Dalam keadaan basah tu,kami decide nk ke Kg.Tekek...saje jalan2 sambil keringkan baju..Sebenarnya,ada duty free store kt Kg tu..haha..tu je reason dia nk berjalan..

 Jambatan ke Marine park,ade lah ikan2 kat tepi pantai.

Suku perjalanan ke Kg.Tekek (jauh gila,serius x tipu..around 40 minutes walking)

Boleh sewa basikal,moto or naik 4x4..Bila smpai di Duty Free Store,mata mula rambang nampak cekelat,tapi bila di compare...lagi mahal dari Langkawi..Bila sy tanya,knp sini lagi mahal? Sedangkan duty free store..staff situ kata,harga sama je,sebb owner yg sama...dan bila lpas raya,kawan sy ke langkawi dan kata,memg betul lagi mahal.

Dinner paling sedap..Kami beli pancake nuttella + fries sbnrnye,tapi rupa pancake dia mcm lempeng je..frust betul,dh lah kne jalan jauh,mahal pulak tu...adoiii... 

Ok dah jom balik.

Ingatkan balik ni ferry ok..sekali dia bantai dekat sejam tunggu..bila dh smpai,kne tunggu lagi sejam dalam ferry...Dari pkul 9,pkul 12 baru smpai mainland...
Mencabar keimanan betul..Ok tu je cerita ini kali..See u next trip..Papai

End Of Short Escape
ig : anem.halim
email : hanim.halim1602@gmail.com




Wednesday, 27 June 2018

KE SINGAPORE DENGAN KERETA


DAY TRIP SINGAPORE DENGAN KERETA

Assalamualaikum semua...SELAMAT HARI RAYA..kalini sis nak update tentang DAY TRIP SINGAPORE sis bersama keluarga sempena raya 2018. Sebelum ni sis pergi by flight,so procedure biase lah dalam airport. Kalini sis pergi dengan menggunakan KERETA. Banyak cara boleh masuk ke negara Singa ni..meggunakan Bas secara backpack pun boleh,guna travel agent pun boleh,jimat sangat tapi pergi ramai2 lah,kurang syok...hihi

Sis terangkan serba sedikit tentang backpack ke Singapore menggunakan Bas dari JB. Ada 2 tempat yang anda naik bas untuk melepasi boarder. 

  1 - BAS DARI JB SENTRAL = Bas causeway link (bas kuning ade smiley senyum). Tambang,sis x berapa pasti. 

  2 - BAS DARI TERMINAL LARKIN = Boleh naik bas SBS 170. Dari Larkin ke Queen St Terminal(last station). Kalau nak naik mrt jalan2 di dalam Singapore,boleh turun di MRT Kranjit berharga RM2.20..Boleh tengok fare bas di link ni ( SBS 170 fare ) .Turun MRT Kranjit untuk beli Singapore Tourist Card harga $10 + depo $10 untuk digunakan sepanjang hari dalam SG dan boleh naik segala MRT/LRT dan bas KECUALI MRT Sentosa Express($4)..

Maps MRT/LRT/BAS

Sekarang sis nak cerita benda yang perlu dibawa untuk ke SG dengan KERETA dan x perlu turun dari kereta,hanya buka semua tingkat untuk emigration tengok muka sorang demi sorang.

  1 - Passport - Obviously lah perlu ada kan...Make sure still valid dan JANGAN kurang dari 6 bulan.

  2 -  Roadtax - Roadtax pun kne valid. Roadtax kereta yang di tampal tu ya.

  3 - White Card - Siapa yang biase naik flight mesti tahu.Card yg di edar untuk di isi.Kalau xde,boleh minta di 1st checkpoint emigration SG. Minta lah extra,supaya senang nk masuk next time,xde lah kne isi time kt emigration tu jugak.Make sure bawa pen ya.



  4 - Geran Kereta - Bawak copy je.Just in case emigration minta.Time sis masuk,xde pun minta.

  5 - Autopass - Autopass ialah sejenis Touch N Go di sana. Digunakan untuk membayar TOL,PARKING,VEP (Vehicle Entry Permit) dan jika ada charge2 lain. Autopass boleh di dapatkan di pejabat Emigration SG sebelum exit untuk ke bandar. Please snap gambar roadtax untuk digunakan ketika isi borang beli autopass. Autopass berharga $10 dan valid selama 7 tahun. Dalam card terdapat $4 dan card berharga $6. Autopass card ni boleh topup di 7e. 
  

Settle 5 perkara tadi,anda telah selamat masuk ke Negara Singa.Boleh berjalan2 dengan kereta anda.

TIPS

1 - Kalau masuk on WEEKEND and Public Holiday, VEP adalah FREE dan ianya akan FREE jika kereta anda masuk 10x yang pertama,kalau kali ke 11,dh kne bayar $35. boleh refer page ni  untuk semua details charge dalam SG ( Singapore fare ).

2 -Sebelum keluar dari SG,sila make sure at least ada $15 dalam card ok? Almaklumlah,tol dia kita x tahu berapa,since dia xde tol mcm MY. Tol dia auto deduct bila kita lalu. And toll dia diff bila peak hr ngan waktu biase.

3 - Beli Coupon Parking siap2 kt 7e..sebab x semua parking bayar guna autopass. In case park kt public area,kne lah pakai coupon.


4 - Parking rate - Rate dorang agak pelik,ade yang kira per minutes,per hour,per entry,every 30minutes. So korg boleh lah survey mana korg nk pergi n nearest parking. So sis usha kt link ni utk tahu rate n nearest parking ( Parking rate). Dah tahu rate n parking,seng lah..tinggal wave je kt dalam SG tu.

5 - Offline Maps - Ade mcm2 apps yg boleh digunakan..Contoh Here We Go, Sygic, Offline Maps google..So download lah maps SG n MY untuk seng tngok. Tapi sis pakai waze jugak..haha...

6 - Sebagai pengguna setia prepaid Maxis,masuk SG akan ada data Roaming RM10 per day untuk 1GB (sebb tu pakai waze,sebb ade tenet.hehe). Kalau pengguna pospaid, RM38 and x sure bape GB.

7 - Sis lalu checkpoint Tuas masa pergi,sebab jem nye x seteruk Woodland. Sebelum sampai Checkpoint Tuas,akan ada RnR Gelang Patah dan di situ ade money changer tapi open smpai tengah hari sahaja.Balik sis lalu Woodland.

Since sis dah tahu rate parking dan area mana perlu pergi,sis hanya bajet $50 untuk Autopass. And surprisingly less than $50 our bajet. Siap ade balance $18 dlm autopass masa keluar. So boleh guna next time..huhu

So now sis nak lanje gambar jalan2 SG ngan family.

Sentosa Boardwalk  (Belakang tu ialah Sentosa Island yg ada USS tu)

Travellator yg di sediakan sepanjang Boardwalk,tapi ade ygx boleh digunakan

 Universal Studio Singapore

End of Sentosa Boardwalk,menuju USS

Masjid Sultan di Bugis Street (Masjid paling famous) 

Woman area

Arab Street,depan entrance masjid (Gate 5 for visitor)

City of Singapore

Art Science Museum & Marina Bay Sands


Merlion (Mercu tanda SG @ Singa muntah)




Checkpoint Woodland

Sekian cerita sis kalini,nanti sis update next trip.Bye2









Saturday, 19 May 2018

Sailor's Rest Resort


Santai di Sailor's Rest Resort.

Assalamualaikum uols,kali ni sis nk up cerita santai je tentang Sailor's Rest Resort untuk mereka2 yang nature lover seperti saya gittuuu..haha..Tempat ni di Janda Baik sahaja ya uols.Sejam je dari KL(kalau x jem,haha). Kalau nk dtg,waze je Sailor's Rest Resort,cnfm smpai.😍

Sailor's Rest atau terkenal dengan konsep glamping nya atau pun chalet kapal atas tasik. Sis ngan membe pergi hanya 2D1N je kt sini. Sebab nk merase tidur kemah mewah yang siap ade katil,plug point n kipas (padahal rindu nak camping dlm hutan😅) haha.Mereka ada 9 buah glamping aka kemah mewah yg di sediakan. 

Jenis chalet di Sailor's Rest Resort

1- Glamping @ kemah mewah
2- Chalet modern @ chalet biase
3- Boathouse @ chalet kapal
4-  Kampung chalet 
5- Bungalow 

Harga untuk setiap pax ialah RM95 WITHOUT Meal ye kawan2. 1 glamping boleh muat 5pax and kalau datang 2pax sahaja akan di kenakan extra charges RM20. Kalau nk include meals pun boleh, tapi harga lain lah ya. Ada a few glamping di sini menghadap sungai. Disebakan sis datang on weekdays,sis berpeluang untuk dpt glamping depan sungai. Sebenarnya,hanya ada 2 guest je time sis checkin..Makanya,itu chalet kita yg punya lah...haha....Kt sini ade a few activity yang boleh di buat.

Activity 

Jungle Trail - RM15/pax irrespective of age. Minimum age 4yrs. 
Fishing - FREE. Bring own gear. Catch & release only
River playing - FREE
Picture taking - FREE
Jogging/Walking - FREE
Trekking to waterfall - RM30/pax as guide's FEE + RM10/pax for Gov Permit. Minimum 8 pax. If interested pls send full name & I/c number + RM10/pax (Gov Permit) latest 7 days before arrival)

Selain yg tersenarai tu,korg boleh main ATV or pergi hiking ke Gunung Nuang.Tapi kena pergi sendiri lah ya,bukan under resort.Ok now,meh tengok gambar sis melepet kt glamping😂.




Ini lah dia chalet kapal atas tasik.


Ini lah dia glamping sis yg menghadap sungai.

morning walk sambil makan berries..hik2

view from dining hall n fishing area

view beside of surau

Trekking belakang resort je.

Ni brader Asmawi,yg jaga resort ni hari2..sekarang ni kami jalan2 dlm resort. tu bekas kelulut.

Boleh karok kalau nak,karok tepi sungai jugak.

view dari boathouse

lebiu geng
Mari mandeyyyy

Facilities

Dining hall

Surau open air atas air

Toilet yang cantik

Ok guys,lupa nk cite 2 bnd..1.kat sini ade dog yg jinak sngt2,jngn risau..dia x gigit org n x duduk di sembarangan. Nama dia Tom(lupa amek gmbr). 2nd,korg boleh makan semua buah yg ade kt dlm resort ni TAPI jangan bawak balik.makan kt situ je k. Sis dok makan berries je.

Tadaaaaaaa..ada yg masam,ada yg manis.

Oleh itu,sekian lah cerita sis melepak di glamping.huhu

SEKIAN
email : hanim.halim1602@gmail.com
ig : anem.halim