Wednesday, 24 May 2017

Backpack ke Koh Lipe,Thailand


KOH LIPE,THAILAND (Maldives of Thailand) - 3DN2 (12 May 17 - 14 May 17

Assalamualaikum, kali ni sis nak up itinerary ke Koh Lipe. Girls trip lagi seramai 5 orang termasuk sis. It just a weekend escape from KL gitu. Bajet rendah je. Kami pergi masih di musim high season, maka harga agak mahal skit berbanding low season. Ketika low season,hotel boleh dapat serendah 70% discount dan segala pakej snorkeling juga akan berubah. Low season bermula pertengahan Mei hingga October. Ok jom tengok trip sis yang serba ringkas dan sepadat yang boleh serta budget di sana.

Budget untuk 1pax. Total RM628.14 (Rate RM1 = 7.90thb)
  1. Bas pergi ( TBS - Kangar) = RM 47.30
  2. ETS balik (Pdg Besar - Kl Sentral ) RM76.00
  3. Van return (Kangar - Wang Kelian - Pak Bara Pier - Wang Kelian - Pdg Besar ) = RM 140.00
  4. Hotel + Extra Bed = RM118 (2malam)
  5. Speed Boat Koh Lipe = 1,000thb
  6. Marine Park = 200thb
  7. Entrance Pak Bara Pier = 20thb
  8. Kayak = 100thb
  9. Snorkeling = 550thb
  10. Taxi = 50thb
  11. Simcard = 30thb
  • Kalau budget tanpa transport,kami hanya berbelanja RM364.84 termasuk hotel.
DAY 1
  • TBS - Kangar pada khamis malam,sebab mahu sampai di Kangar pagi jumaat. Tapi disebabkan tidak pernah naik bas ke Kangar,maka kami terlepas station dan lajak ke Kuala Perlis (dh boleh pergi langkawi terus,hehe). Call driver van,dan cerita apa yang jadi,so dia ambil kami di situ. Kami dibawa breakfast dlu di SRC (murah bakhang,x tahu lah sebab kg ke ape tapi quantity food pun murah sangah.haha). Then terus ke Wang Kelian Border untuk cop passport. Lepas settle,masuk lah wilayah Satun,Thai iaitu selatan thai yang femes kes tembak2 dulu. Singgah di area Satun untuk tukar duit,beli simcard dan sempat beli lunch dan juga layan Teh Ais Thai (Superb manis gila,tahap potong kaki punya,haha). Then,masa otw ke Pak Bara, brader van tanya kot dah beli tiket speed boat,sebab dia ade geng katanya. Borak punya borak sis berjaya dapatkan tiket Return 1,000thb yang mana harga asal ialah 1,200thb. Maka sis dah jimat 200thb disitu.yuhuuuu.

SRC,kedai breakfast tadi

Tiket speedboat kami beli di Baanpun Travel.itu pun brader van tu yang belikan,kalau sis yang beli,harga mahal ler cite dia.Baanpun ni berdepan dengan Pak Bara Pier. Signboard besar,jangan risau,dari jauh boleh nampak.haha


boat akan berhenti di 2 tempat untuk berposing seketika ketika pergi sahaja.Perlu bayar 20thb ye untuk masuk dan di beri masa 15minit.

  • Speedboat akan hantar di tepi pantai tapi NO JETTY ye.terjun dalam air (ada lah air takat lutut,cukup lah untuk merase air koh lipe for the first time.haha). Boat akan tinggalkan korang di Pattaya Beach. Kami tinggal di Oasis Lipe ,Sunrise Beach. Jalan yang menghubung kan ketiga-tiga beach ni ialah Walking Street. Cari je signboard walking street tu dan sila jalan.Penghujung Walking street akan ada 3 jalan. Jika straight ke depan,akan jumpa Sunrise Beach. Kalau ke kiri dan terus ke depan akan jumpa signboard untuk ke Sunset Beach,jika ke kanan,akan jumpa beach no 4. Dari hotel ke sunrise beach hanya mengambil masa 5-10minit jika jalan seperti itik pulang petang.hihi.
Oasis Lipe,Sunrise Beach (belok kiri dari penghujung walking street.p/s-gambar balik)

itu penghujung walking street (kami menghadap sunrise beach.p/s-gambar balik)

  • Check in Oasis,lepak2 sat sebab penat sangat,makan,mandi,solat then siap2 untuk membuat aktiviti pertama kami iaitu KAYAK ke Koh Kra.(200thb/kayak utk 2 pax.3pax punya 300thb).

berkayak ler kita di sunrise beach berlatar belakang kan Sunset view.Coral dan ikan menari-nari kat bawah kayak.nampak dengan jelas nya ok.

On top of Koh Kra,view superb lawa bro (2nd day punya gambar). Masa kayak ke sini x perasan jalan ke atas,so lucky mase habis snorkeling brader boat bawak naik.haha
  • Settle layan kayak,dengan pantas nya kami berjalan menuju ke Sunset Beach pulak sebab matahari dah nak turun habis.haha. Nak ke sunset beach serious sis cakap penat.haha.walk around 15-20 minute dari sunrise beach.
Ini je yang sempat kami lihat di Sunset Beach but still SUPER lawa.ada buai di sediakaan untuk bercengkerama.haha

  • Balik layan sunset,dah set nak naik taxi ke walking street sebab gelap sangat laluan yang kami lalu tadi + kne kejar anjing,sampai kejung kawan sis sorang.hahh
  • Dekat walking street ni kami cari pakej snorkeling untuk 2nd day dan cari pancake semestinya.haha

Sila lah beli di kedai ini sebab nye,private boat baru 2,050thb include mask and lunch.bahagi 5 baru 410thb.tapi disebabkan kami ingin cari lagi murah dan datang balik after 10minute,pakej dah sold out.huaaaa.nangis tepi kedai sebab x ambil je terus pakej tu.


Kesudah nya kami book di Koh Lipe Star Travel,sharing boat + lunch + free picture under sea + kaki itik (fins).Owner Islam katanya.

Fav sis,Mango Pancake with susu. Aunty di kedai tu akan jerit "yoohoo" so tu yang buat tertarik nak beli.haha.motif sangat 

DAY 2
  • Dalam pakej snorkeling ada 5 tempat yang akan di bawa iaitu Koh Jabang , Koh Hin Ngam, Koh Yang, Koh Rawi dan juga Koh Adang. Tapi disebabkan brader boat ni baik sangat,dia bagi extra tempat dan bawa kami ke Koh Kra (hanya untuk low season).





Muslim Khonlay Seafood @ BBQ.Masakan sedap be,boleh kecek kelate be. don't worry be.haha

Dinner,after dah berpenat seharian 

DAY 3
  • Sunrise di Koh Lipe jam 5.30am-6.00am ya anak2 waktu thai.Kalau MY around 6.30 ke 7pagi gitu.Gagah sis bangun pagi semata nak tengok sunrise.nasib baik dekat,kalau jauh,aduuduuu juga lah.
  • Lepas layan sunrise,balik bilik untuk lepak2 kejap then siap2 untuk balik.Since kne terpacak jam 9pagi di tempat kami turun masa first day.
sunrise view from Sunrise Beach

Singgah beli pancake dan ice tea untuk breakfast 

Wang Kelian Border (untuk borang putih,boleh ambil di pondok putih belah kanan tu)



Tips dan cara ke Koh Lipe :-


  • Nak ke Koh Lipe ade 3 cara yang berbeza dan masa perjalanan yang berbeza

  1. Cara seperti kami,Naik Bas/Train untuk return.Kami nak jimat duit untuk pergi dan nak cepat sampai untuk balik. Maka pergi naik bas (SRI MAJU,sangat selesa bakhang) dan balik dengan ETS. Jika naik bas seperti kami,perlu masuk dari emigration di Wang Kelian dan menuju ke Pak Bara Pier untuk ke Koh Lipe. Sebelum tiba di Pak Bara,boleh singgah2 di Satun,Thailand untuk makan atau membeli simcard atau tukar duit.Dari Kangar perlu menyewa van (RM700/VAN) seperti kami atau mencari teksi. (Kalau lebih 4 org,lagi syok sewa van)
  2. Masuk melalui Langkawi. Jika ke Langkawi,boleh lah buat day trip ke Koh Lipe tapi tiket ferry tersangat lah mahal. RM100++ per head kalau x silap sis untuk 1 way. Jika dari Langkawi,perlu naik di Telaga Habour Terminal.
  3. Naik ETS terus ke Hatyai,dan cop emigration di Padang Besar,kemudian cari bas di Terminal 2 @ 3 (tidak berapa pasti) untuk ke Pak Bara. Tambang +- RM20. (trip jika kurang dari 4 orang)

  •  Kalau mahu tidak ramai pengunjung dan murah,datang lah ketika Low Season tapi air laut tidak berapa bagus dan merine park banyak di tukar ke pakej lain yang lebih berhanpiran dengan pulau.
  • Makanan HALAL banyak ja dan pakej snorkeling pun kena pandai pilih. Mostly pakej.snorkeling nya dah include lunch yang Halal.
  • Koh Lipe ada 4 beach.Paling famous dan ramai orang ialah Pattaya Beach.Kalau nak merasa layan sunrise dan x perlu nak bangun awal sangat dan mengelak anjing,boleh stay di Sunrise Beach, dan view paling nice di Sunset Beach.Beach no 4 x tahu apa nama.haha
  • Hostel,hotel,homestay pun ada di Koh Lipe.Harga untuk hostel,mostly murah2.Walk in pun boleh.Tapi jika datang di high season,perlu book awal2 ya. Semestinya bilik2 penuh.

Contact person van : Langkawi Package Holiday Sdn Bhd
-En.Shawal = 011-36055880
-En.Hairi     = 012-3409335 / 0111-9097751 (yang bawa sis n kawan2)

END OF OUR WEEKEND ESCAPE FROM KL
email : hanim.halim1602@gmail.com
ig : anem.halim



















Monday, 22 May 2017

Bandar Aceh & Pulau Sabang

Family trip ke Bandar Aceh & Pulau Sabang 4D3N ( 22Apr17 - 25Apr17)

Assalamualaikum, kali ni sis bawa family sis jalan2 pula. Tapi bukan dengan cara packers ye. Sis amek pakej dari Mahsuri Travel. Sebab sis x nak susah kan parents sis macam kita berjalan sendiri. Pakej dari Mahsuri memang berbaloi dan murah. Sis ambil ground je dengan company mereka sebab pada awalnye sis fikir mahu packers je,hihi. Tiket sis beli mase Free Seat Air Asia bulan 9,macam biasa lah kan. 

DAY 1

  • Di sebabkan flight kami awal pagi jam 7.35am, maka kami pun terpaksa keluar awal lah. Kami drive dan park di Putrajaya Central, kemudian naik ERL Transit. jimat sikit jika di bandingkan kalau naik dari KL Sentral. Tiket parking jangan hilangkan ye,kang nanti x boleh nak balik. Untuk 4H3M kami di kenakan bayaran RM24 dan ERL Transit 1 way untuk seorang ialah RM 9.40.
Boarding,ready untuk berlepas. (flight face in the morning)

  • Setelah tiba di Airport Sultan Iskandar Muda,Banda Aceh, kami telah di sambut oleh pemandu pelancong di sana yang sedia membawa kami ke Jeti Ulele untuk menaiki ferry cepat ke Pelabuhan Balohan di Sabang Pulau Sabang @ Pulau Weh. Harga VIP RP100,000.00/Pax (sangat selesa serta mempunyai penghibur ferry dan karaoke). Harga biasa RP80,000.00/Pax. Ferry nya seperti ferry Pulau Langkawi tetapi di benarkan untuk berdiri di kawasan luar untuk melihat panorama. perjalanan ferry cepat mengambil masa selama 1jam.
Pelabuhan Balohan Sabang
  • Di sebabkan kami bergerak awal pagi,breakfast pun ala kadar,dan tiba di Pulau Sabang hampir jam 12 tengah hari waktu aceh,maka kami di bawa pergi makan tengah hari terlebih dahulu.

Terbaek sis cakap,kami di hidangkan menu yang x terkata.6pax makan tapi 2 table full punya lauk.
Masakan pun sedap.

  • Lepas makan,beli sim di kedai depan Kencana Cafe ni. Ade kedai phone. Di sebabkan kereta full dengan luggage dan beg,sangat tidak selesa,maka kami pergi check in Hotel Nagoya Inn dulu dan berehat seketika sebelum mulakan pengembaraan di Pulau Sabang.
bilik super best.Hotel ni ala2 Jepun style.

pantai casanemo

Dinner di sini.x pasti nama kedai,tepi jalan je dan tepi laut.
  • Tempat yang di lawati :-
  1. Benteng Jepang di Anoi Hitam
  2. Pantai Sumur Tiga Freddies
  3. Pantai Casanemo Resort (private resort,dapat masuk sebab guide kenal owner)
  4. Momument "I Love Sabang
  5. Dinner Satay Gurita berkuah kacang dan kuah padang (PALING SEDAP) serta nasi ayam penyet (PALING TERBAIK TAPI PEDAS TERAMAT).
DAY 2
  • Breakfast roti je sebab nya day 2 nak pergi snorkeling.(sebenarnya tekak x masuk dengan menu yang di sediakan,hehe)
Jalan Lingkaran Balohan

x dapat masuk gua sebab air pasang dan memenuhi jalan untuk masuk ke gua. Btw nak sampai sini ade 2 cara. 1-Jalan menuruni tangga yang boleh tahan tinggi dan kemudian redah batu2 then kecewa sebab x dapat masuk gua atau cara 2-menaiki boat,tapi kena bayar.harga x pasti.

ketika naik boat kaca.

  • Aktiviti snorkeling,life jacket,mask dan kaki itik tidak termasuk ya dalam pakej. Kalau nak sewa. each item RP15,000.000 tapi kalau nak sewa sekali 3 barang, RP40,000.00 ada diskaun di situ. Di sarankan untuk memakai Kaki Itik ya,sebab banyak landak laut dan coral.
  • Tempat yang di lawati :-
  1. Pemandangan Pulau Klah sambil layan Rojak
  2. Jalan Lingkaran Balohan (melihat jeti dan anak kapal dari kawasan tinggi)
  3. Gua Sarang 
  4. Zero Indonesia Monument
  5. Pulau Rubiah (menaiki boat kaca sambil melihat pemandangan bawah laut dan snorkeling)
  6. Dinner masakan Padang (Nama kedai x ingat)
DAY 3

  • Breakfast Nasi Kuning,sedap.Check out dan menuju Pelabuhan untuk ke Banda Aceh.
  • Check in Hotel Madinah (3 star tapi x recommend,wifi rosak,plug rosak). Mulakan perjalanan. Kami dibawa breakfast sekali lagi.Katanya lontong nya sangat sedap. 
ok ini dia,Lontong kuah Sayur dan kuah Padang.Sedap juga lah.

Masjid Rahmatullah

Masjid Baitulrahman (perempuan yang memakai seluar akan di berikan kain telekung sebelum masuk ke kawasan masjid)

  • Tempat yang di lawati :-
  1. Kapal Jana Elektrik seberat 2600tan hanyut di perumahan penduduk.
  2. Kubah Masjid yang di hanyut dari seberang bukit.
  3. Rumah Pahlawan wanita Cut Nyak Dien
  4. Masjid Rahmatullah di Kg Laampuk
  5. Lunch ikan bakar di Pantai Laampuk 
  6. Kapal tersangkut di atas rumah 
  7. Shopping di Pasar Aceh
  8. Masjid Baitulrahman (kini mempunyai bumbung seperti Masjid Nabawi)
  9. Warung Kopi Zakir - Mee Ketam (SUPER SEDAP)
DAY 4
  • Breakfast di hotel then Check Out.  

  • Tempat yang di lawati :-
  1. Muzium Tsunami
  2. Gunongan Putri Camelia dari Pahang,MY.
Check in Airport Sultan Iskandar Muda untuk pulang ke Malaysia.

Contact Number 

Mahsuri travel & Tours Sdn Bhd : 03-90548651 / 019-3736555 (shahzali)
Alan Travel & Event Organizer   : +62.82160537333

END OF OUR SHORT TRIP 
ig - anemhalim




BACKPACK KE KOH SAMUI,THAILAND

Koh Samui,Thailand. 3D2N (23/11/16 -25/11/16)

Assalamualaikum, harini sis nk share trip ke Koh Samui. Koh Samui ni antara pulau yang tercantik di Thailand. Almaklumlah, Thailand ni banyak sangat koh (pulau) nye.Air nye yang jernih,masakan Halal yang sedap dan murah. Ok jom tengok trip sis yang serba ringkas dan sepadat yang boleh serta budget di sana.

Budget untuk 1Pax. Total 518.69 (RM1 = 8.05thb)

  1. Transport Return ( Bas ke Dongsak Pier - Ferry ke Koh Samui - Van ke hotel ) = 1200thb
  2. Marine Park / Snorkeling = 1300thb
  3. Simcard = 25thb
  4. Motor = 200thb (2malam)
  5. Parking = 5thb
  6. Minyak Motor = 20thb
  7. Flight return Kul-Urt = RM192.08
  8. Hotel Cheeky Monkey = RM85 (2malam) 

DAY 1

  • KUL - URT : 12PM (hanya ada 1 trip sahaja ke Surat Thani dalam sehari)
  • Tiba di Airport Surat thani,setelah selesai emigration bagai, sebelum jumpa pintu keluar airport,akan ada booth yang menjual tiket ke Koh Samui. Sis beli di Seatran Ferry ni sebab senang,tiket adalah return.Kalau nak beli 1 way pun boleh.
  • Sebelum bas bergerak ke jetty, akan ada seorang minah thai yang akan menjual package untuk di Koh Samui. Dia akan bertanya berapa lama di Koh Samui sebelum dia suggest package yang ada.Anda boleh pilih sama ada nak beli kt minah tu atau cari di hotel anda tinggal atau di tepi2 jalan. Sis beli je kt minah thai tu since sis dh survey harga memg sama je dengan yang lain. Dalam bas ni,dekat sejam juga lah,so boleh tidur sekejap.
di Dongsak Pier tunggu ferry besar
  • Bila dah naik ferry,around 2hrs juga lah perjalanan. tapi jangan risau,ferry besar dan selesa.Ada kawasan aircon,ada kawasan tanpa aircon,kedai membeli makanan dan juga toilet disediakan.
 spesis x reti duduk diam,jalan2 je atas ferry
  • Bila dah sampai di Koh Samui jalan keluar sikit dari kawasan jetty,ikut pejalan kaki dan akan jumpa sekumpulan van tunggu customer. Korang just cakap je nama hotel,nanti mereka akan tunjuk van mana yang akan anda naik.Bila tiba di Koh Samui,confirm dah magrib.



yeah,itu dia hotel yang sis stay.ada pool ok di tingkat atas skali,siap bar😂.Ni gambar balik sebenarnye.haha
  • Ok,lepas rehat bagai,sis keluar cari makan dan sewa motor di Hotel. Omaaiii,sis di kenakan depo sebanyak 1000thb,memang rugi betul lah. Sis decide,lepas habis malam tu,hantar balik motor,sebab nak dapat kan balik duit.
Ihsan Muslim Restaurant ( owner cakap kelate).2 org makan 120thb.murah kan.



dah sampai Thai,x makan pancake memang rugi. The Best Of Pancake,Halal k. (50thb)

  • Sis jalan2 di Chaweng Walk, Elephant Village then ke Fisherman Village untuk cuci2 mata and survey kawasan mana yang menjual barangan murah.hihi. Di sebabkan pakej snorkeling dah ambil masa dalam bas,maka sis lepas makan,jalan2 sikit terus balik tidur.haha

DAY 2
  • Ok ini dia yang sis nantikan,snorkeling day trip. Pakej dah include lunch tau.Seawal 8 pagi sis dah terpacak depan hotel sebab tunggu driver van ambil.

yeah,tunggu nak naik speed boat je ni.

ni namanya Nangyuan Island @ Sexylady Island.

yang ni viewpoint,perlu mendaki sikit lah menggunakan tangga.

  • Setelah selesai day trip snorkeling, Sis siap2 dengan pantas untuk mengejar view point di chaweng dan beberapa tempat menarik. Sewa motor depan hotel,just 200tb tanpa depo. Dapat kunci,terus merempit dan singgah sekejap di Lad Koh Viewpoint posing2 then naik motor terus ke  Hinta Hityai untuk melihat batu legend,tapi sayang nya dah gelap,so x dapat lah tengok,bergambar je mampu.Park motor perlu bayar 10thb tau. Kemudian isi perut dulu di Melayu Samui Seafood  dan sis makan macam2 hanya 450thb (sorry,gambar lupa ambil,lapar sangat.haha). Lepas kenyang, sis ke Lamai Night Market. Barang murah boh,boleh menawar. Shopping2 then pergi ke kawasan berdekatan dengan hotel untuk Massage.Rugi be,x massage,boleh tidur. Habis duit dah,balik hotel and packing untuk balik kl.



END OF SHORTVACAY
email : hanim.halim1602@gmail.com
ig : anem.halim