Backpack Penang
Hye n Assalamualaikum guys,harini sis nak up trip sis dengan 2 lagi kawan sis yang tanpa ada plan. Main redah je dengan niat nak main ESCAPE ADVENTURE PARK di Teluk Bahang,Penang. Di sebabkan pada awalnya nak pergi bercuti ke lain dan asik bertukar-tukar, dan trip ini decide last minute,makanya sis malas untuk study tentang Penang dan perjalannya.OK jom baca trip 2H1M yang tiada perancangan dan persiapan serta duit yang kami belanjakan.
Setelah di bahagikan 3:-
- Minyak (kl-gerik-penang-gerik-kl) = RM 50
- Touch & Go = RM 23
- Tiket ESCAPE Park = RM 74.70
- Hotel = RM 40.60 (1 night)
- Makan = RM 28
- Tiket Ketapi Bukit Bendera = RM 10
JUMLAH HANGUS = RM 226.30
DAY 0 - Jumaat
Pada siang jumaat tersebut,sis telah booked 3 tiket masuk ke ESCAPE ADVENTURE PARK dengan harga RM74.70 / entry setelah di beri discount 10% dengan harga asal RM85 jika walk in di sana. Waktu operasi adalah Selasa - Ahad dari 10am - 6pm.
PASSCODE tu function dia code yang perlu di masuk kan untuk masuk dalam park,beli makanan dan sewa locker.
E-WALLET pulak function dia adalah sebagai duit. Boleh beli siap2 atau beli di sana.
Pkul 11 malam,sis bersama seorang lagi kawan sis memulakan perjalanan ke Kg.Kerunai,Gerik,Perak untuk mengambil seorang lagi rakan sis dan tidur sekejap sementara tunggu pagi sebelum bergerak ke Penang. Kami sampai di Gerik jam 4pagi setelah meredah highway,roadblock dan kegelapan malam di kawasan hutan.
DAY 1 - Sabtu
Jam 8am kami memulakan perjalanan ke Penang melalui jalan dalam dengan keindahan kabus pagi yang sangat sejuk dan cantik. Perjalanan mengambil masa 2jam30minit sahaja untuk ke Teluk Bahang. Kami tiba di Escape jam 11pagi. Terus masuk dan mulakan permainan pertama.
INFORMATION : a few game x dibenarkan bawa Beg / Fon / GoPro Stick dan Botol Air atas sebab2 membahaya diri. Makanya,tiadalah gambar untuk semua game. Gambar kat mana yang boleh bawa fon jelah yang ada.
peta yang akan di sediakan dan main lah semuanya kalau sempat.
kite flyer paling win.Tertinggal jantung kt atas.
Gecko Tower = wall climbing
Monkey Business
Flying Lemur,Fav sis sebab view super lawa
Tubby racer
Lepak kt rest area
Atan's Leap
otw Flying Lemur
Makanya hajat utama datang ke Penang untuk bermain Escape telah tercapai. Sis sangat syorkan kepada yang minat aktiviti lasak untuk datang dan main. Boleh buat family day dan ada permainan untuk kanak2 yang di sediakan.
Dengan badan busuk2,lapar teruk,kami berangkat ke George Town untuk mencari penginapan pada malam tersebut. Berdasarkan staff di Escape yang sempat kami borak,mereka syorkan tidur di bandar supaya senang untuk pulang dan mempunyai pelbagai tarikan dan dekat untuk pergi. So,masa otw ke bandar,kami singgah di Batu Feringhi untuk makan laksa. SEDAP gila bagi saya lah.
kasi layan Laksa Penang (xde sayur,hehe) dengan ABC seround.
muka lapar teruk kata kaw...
Settle layan Laksa dan ABC, kami try cari hotel yang murah untuk bermalam. Cari punya cari,jumpa lah 1 hotel di area Little India. Sekali sampai,OMG....depan kuil,memang cancel lah terus. Then,cari lagi,jumpa lah 1 hotel yang betul2 tengah bandar dan depan jalan sesak.So,decide untuk stay di situ tapi x turun lagi sebab pergi drive thru MCD dulu,lapar lagi punya pasal.haha..Lepas beli,ingat nak return to hotel,skali terlajak sempang.So di sebabkan itu,sis ternampak hotel yang lagi tersergam indah dan besar. Hasil bertanya di hotel tersebut,maka dapat lah bilik yang terakhir untuk 2 single bed RM122 tapi boleh stay 3 orang. So,jimat lah. Private bath,ada parking hotel,wifi,astro.
Super 8 Hotel
DAY 2 - Ahad
Pagi ni plan nak ke Bukit Bendera then ke Art Street dan pusing2 di area tersebut untuk Food Hunting then pulang ke Gerik. Dari hotel ke Bukit Bendera cuma 15minit sahaja.
Tiket biase RM10
Tunggu turn untuk naik railway
Pacak gila trek Ketapi ni,seram betul sis
usha orang zumba,sis pula rase nak menari.haha
acah sopan sangat,baju dah lah sama ngan lock kt belakang tu..ciss
nak hujan,awan dah gelap
sampai bawah,hujan dah lebat
Di sebabkan hujan lebat dan sudah lewat di sebabkan ramai orang beratur,makanya hilang lah Street Art kami..sob3..So kami pun cari tempat lunch yang femes n power. So hasil nya kami ke Kedai Pak Hussin Tomyam.
set 3 orang makan RM53...sedap gila pulak tu .Should try.
Settle lunch,terus balik Gerik. Maka tamat lah sudah episod ESCAPE OUR SELF TO PENANG for the first time without any planning.
END OF SHORT ESCAPE


















































