Saturday, 9 December 2017

BACKPACK KE CEBU,PHILIPPINES - 5H4M

BACKPACK KE CEBU,PHILIPPINES - 5H4M

Assalamualaikum,lama sis x update blog ni. Xde trip langsung,duduk rumah je banyak.hehe..Kali ni sis buat trip mengejut lagi iaitu 5H4M ke Cebu. Sis beli tiket sebulan sebelum fly dengan Promo AA RM195 Return + RM22 untuk insurance,total RM 217. Sis beli di IG tiketmurahgiler2016. Alhamdulillah,trusted seller. Sis nak pergi tempat lain sebenarnya,tapi xde rezeki sebab date x available. So,sis pilih lah cebu dengan xde knowledge langsung pasal cebu,yang tahu ade shark do do do dengan canyoneering. Dalam masa sebulan,dengan penuh activity dan busy,sempat lah survey sikit2 pasal Cebu.Sebab ramai dah tanya sis,bagi lah itinerary dengan bajet,nampak syok gila je trip.So lets check it out my trip and budget kali ni. Budget telah siap di bahagikan kepada 2.

*trip ni koyak sikit k,sebab berdua sahaja dan demi nk main semua bnd.Kalau pergi area Oslob sahaja,x lah sekoyak sis..hehe.

DAY 1 - 29/11/2017
  • Flight KL - CEB  (11.20am - 3.20pm)
  • Simcard Globe = 150p/5hari (5GB)
  • Mactan Cebu International Airport - Pier 1 Terminal Cebu = Grab 119p
  • Tiket Ferry ke Bohol/Tagbilaran = Tiket Oceanjet OpenAir 400p + Terminal Fees 25p + Tips 50p
  • Van Transfer dari Pier ke chalet = 300p
  • Nipa Huts Village,Loboc Check in = 375p
       Total Day 1 = 1,419p @ RM 116.93 + 217 = RM 333.93

DAY 2 - 30/11/2017
  • Entrance Fees Hanging Bridge Sevilla = 20p
  • Entrance Chocolate Hill Adventure Park = 60p
  • Bike Zipline = 450p(return)
  • Entrance Fees Tarsier = 60p
  • Zipline,Loboc Adventure Park = 400p(return)
  • Van,Bohol trip = 1000p
  • Tiket Ferry ke Cebu City = SuperCat Open Air 400p + Terminal Fees 20p
  • Grab dari Terminal 1 ke Cebu South Bus Terminal = 50p
  • Ceres Bus ke Oslob = 177p
  • Check In Mila's Inn (2nite) = 800p
       Total Day 2 = 3437p @ RM283.21

DAY 3 - 1/12/2017
  • Habal2 ke Oslob Whale Shark Watching = 100p
  • Snorkeling + Entrance fees(30 minute) = 1,100p
  • Transport sepanjang hari = 1250p
  • Canyoneering (3 hrs) = 1,500p
  • Entrance Osmena Peak = 30p
       Total Day 3 = 3980p @ RM 327.95

DAY 4 - 2/12/2017
  • Bus ke Cebu City = 145p
  • Teksi Putih ke SM City Mall = 50p
  • Grab ke Hotel = 81p
  • Check In Naps X Adventure = 600p
       Total Day 4 = 876p @ RM 72.18

DAY 5 - 3/12/2017
  • Teksi Putih ke airport = 150p
  • Airport Tax = 750p
  • Flight CEB - KL (7.05am - 10.55am)
Total Day 5 = 900p @ RM74.15

Total hangus dan garing trip CEBU untuk 3 tempat = RM 333.93 + 283.21 + 327.95 + 72.18 + 74.15 = RM 1,091.42
Kalau Cost Ground = RM 874.42...

* X masuk makanan tau cost ni.makanan tu pandai2 anda sendiri bajet k.
* Hotel sis dh booked awal2 di booking.com.

Untuk pengetahuan kalian,Cebu sangat susah nak cari makanan Halal,makanya kami prepare macam2 food dari KL.

Brahim paling penting chot,kalau x,starving teruk.

Makanan untuk energy 

DAY 1

Untuk makluman kalian,emigration Cebu super lembab. X tahu lah ape yang lama sangat,koyak bahu berdiri dengan beg berat. Btw,airport dia memang mesra wifi. Wifi laju dan waktu cebu dengan kl sama.Kalau di MY 4pm,di Cebu pun 4pm.Yang beza hanya kecerahan. Pkul 5.30 dah gelap tau. Untuk day 1,kami akan ke Bohol,tidur 1 malam untuk bermain aktiviti lasak dan country side trip.

Gerak lu paper roger

Nasi Lemak Pak Nasir habis,mango pun on.Sedap gila kata kaw.

Bila dah sampai Mactan Cebu International Airport,sebelum exit,akan ada penjual simcard GLOBE dan SMART. Sama je pekej dorang. So pilihlah mana suka. Di Cebu City femes dengan Grab Car bermeter dan White Taxi bermeter. Untuk kami ke Pier,sis memilih untuk naik Grab. So,exit je airport,belok kanan,straight je sampai hujung akan nampak white taxi dan grab di situ. So sila lah book kemane anda mahu pergi.

First sunset at Cebu

Sampai je terminal pintu gerbang tulis Terminal 1,di luar tu ada kedai menjual tiket. Kami turun je grab,ada orang sapa dan bawa ke kaunter tiket,maka kena lah bagi tips 100p. Harga untuk OceanJet 1 way dan open air ketika itu ialah 400p per pax. Oceanjet ni banyak trip,tapi last jam 6.45pm. Bila masuk ke terminal 1,sebalah kanan akan ada kaunter Terminal fees,sila bayar then masuk untuk check in tiket serta check beg dan diri. Acah macam airport.haha..

Menunggu masa untuk boarding ferry. Ferry ke Bohol,2jam40minit.Harap maklum..memang tidur all the way.haha

 Saya sewa kereta untuk country side trip dan transfer dari pier ke hotel dengan Mr.Ramil. Boleh email beliau boholrentacar@gmail.com berharga 2,600p. Tapi kami di bawa oleh Mr.Badee 09754201169. Beliau sangat peramah,tanya jelah ape pun,pasti dia jawab. Sampai di jetty,terus di sambut oleh Mr.Badee dan di bawa ke Chalet.

DAY 2

Nipa Huts Village.Katil queen untuk seorang,gila selesa tapi bersawang sikit.haha

Pinoy bilik sebelah,pagi2 dah sapa kitorang..haha..Dikatanya muka kami macam pinoy,haha

The reason y i choose this chalet,even jauh kedalam macam salah tempat.haha

Hanging Bridge Sevilla

saja stop kt small waterfall

Man Made Forest.Tempat paling bahaya,tengah jalan.haha 

 Chocolate Hill Adventure Park. Koyak kaki nak naik tangga sampai atas.haha


Tujuan utama di sini ✔


Small teramat binatang ni.Monyet kecil katanya

Zipline,Loboc Adventure Park.Tujuan utama lagi ✔

Blood Compact

naik 2 orang je,tapi pakai Innova.Kau rase? gila selesa.End of Trip.

Balik ni kami naik SuperCat Ferry.super best woi..service lagi better dari Oceanjet,tapi Supercat ni x bnyk trip.


Minah ni bantai megi tom yam atas ferry.Crew ferry yang isikan air panas.kita lepak je kat seat.haha

Bila sampai je di terminal 1,jalan sikit keluar,kami booked Grab untuk ke South Bus Terminal kemudian ke Oslob. Bila tiba di terminal,pilih Ceres Bus di gate 8,Oslob via Bato. Boleh tanya pak cik bas tu untuk confirm kan. Bayar tiket bas di dalam bas.Bas ni 24hrs.So rilex je.Tapi ada macam2 bas Ceres.Ada yg aircond,ada yang tingkap je,ada yang berwifi. Dari city ke Oslob ambil masa 3jam ke 5jam.Bergantung kepada traffic jam. Kalau hari ahad or hari cuti,jalan clear.Kami bernasib baik,sebab cebu cuti pada hari tersebut.hihi. Kami check in di Mila's Inn.

Day 3

Pkul 7 kami gerak ke Oslob Whale Shark.Dari hotel kami naik tricycle @ beca yang mengambil masa 15minit.


  Ini lah dia Whale Shark,besar gila kata kaw.Main libas2 kita pulak tu.fuhhh..kejung sis kt situ..haha

Boleh mandi dengan shark ni 30mnt je. Tapi air dia..hapak hanyir.haha..
Sebenarnye lepas shark ni,nk buat waterfall hunting tapi tiba2 jadi main canyonering pulak.Lagipun,main canyoneering ni dah complete bawak macam2 waterfall.haha..tapi super puas hati..lepas settle shark,ada driver yang approach untuk bawa kami ke Canyoneering,Kawasan Falls dan Osmena Peak.
Boleh sewa motor kalau nk jimat,tapi rata2 tidak menggalak kan nya even trip advisor pun kata benda yang sama..sebab jalan nya agak bahaya.







ada kedai k kt dalam kawasan ni

the only food that we can buy n eat😅

floating


Itu dia serba sedikit tentang aktiviti Canyonering

Lepas penat lelah bermain air,jangan ingt habis tang tu je..Perlu mendaki tangga dan berjalan hingga ke main entrance activiti ni. Next destination ialah mengejar sunset di Osmena Peak!!!!


otw ke peak







Hasil2 berada di atas Osmena Peak.Tempat layan sunset paling lawa.Boleh bercamping.Bayar sewa tapak kemah 50p dan bawa kemah sendiri.Sejuk gila k kat atas tu even belum malam.

Driver untuk seharian.Brader ni super kelakar.

DAY 4

Pagi ni plan nya nak pergi Cangcuay Private Beach,super lawa untuk posing.Bersebelahan dengan Whale Shark.Harga 120p untuk entrance dan guna segala fasiliti.Tapi sebab dah penat sangat masa day 3,so lepak hotel je.Pkul 10am check out.

Sempat layan sunrise pkul 6am di depan hotel

Time to say Good Bye to Oslob,belakang tu uncle yang jaga Hotel ni. Hotel ni pun bagi 2 katil queen untuk 2 orang.nice gila,just toilet kt luar.Kami sedang menunggu bas Ceres untuk ke City Cebu

Lol gila dapat bas Ceres yang xde aircond dan wifi.Zaman lama sangat😂

Kami plan mahu ke SM City Cebu untuk membeli souvenir dan jalan2 cuci mata.Di dalam mall ni,untuk sesiapa yang sudah active kan oversea punya card ATM,boleh lah withdraw.Sis try guna Maybank,x berjaya.Then guna CIMB,alhamdulillah boleh.Boleh shopping.haha. So dari Oslob ke South Bus Terminal then dari situ ambil taxi ke SM City. 

Terase jadi mcam minah saleh kt MY pulak.haha

 Dah puas jalan2,booked grab and pergi check in Naps X Adventure pulak sementara tunggu flight esok pagi.Balik awal dapat tidur awal.Hotel ni memang deco dia power gila.


DAY 5

Kami minta tolong hotel untuk buat wake up call at 2am,takut x sedar kan diri.kang x balik MY.haha..Bersiap.Pkul 3am check out and tunggu depan hotel je untuk tahan white taxi. Then bila sampai airport,check in lah terus. Lepas check in,kena bayar Airport Tax tau.WAJIB.kang x balik MY pulak.

ni kaunter airport tax,CASH 750p

ni lah rupa manusia bahagia dapat balik KL makan Budu.HAHAHA

kot sape yang x sempat beli souvenirs,boleh beli dalam airport ni. Ni kes nak habiskan duit Peso,tu yang memborong.haha

Ingat,emigration dia lembab + org2 mereka agak kelang kabut sikit,so sila datang awal ya.So this is my last minute trip with my bff. Balik KL dengan 1000 kenangan best dan tanpa diduga.hehe...

End of our trip.Assalamualaikum.
email : hanim.halim1602@gmail.com
ig : anem.halim